Seorang lelaki Arab Saudi ditemui mati dalam keadaan rukuk di padang pasir selepas tiga hari dilaporkan hilang.

RIYADH – Seorang lelaki Arab Saudi ditemui mati dalam keadaan rukuk di padang pasir selepas tiga hari dilaporkan hilang.

Dhuwaihi Hamoud al-Ajaleen, 40, dikatakan hilang dari kediamannya di Wadi al-Dawasir selepas mahu mencari kayu api, menurut laporan media tempatan.

Polis kemudiannya mengadakan operasi mencarinya dan akhirnya menemuinya di tengah-tengah padang pasir.

Pasukan penyelamat menemui Dhuwaihi tidak jauh dari kenderaannya dalam keadaan bersujud seperti dalam solat.

Kenderaan pacuan empat roda itu dipenuhi dengan kayu api. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kalau rukuk mati berdiri lah. sekali rokok sekali sujud. mungkin pemberita ini bukan islam. tak tahu beza.

Comments are closed.