KUALA LUMPUR – DAP dan Pakatan Harapan menipu rakyat dengan propaganda mereka apabila  menyebarkan fitnah kononnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahu  mengenakan lesen kepada sesiapa saja yang merakam atau memuat naik video di media sosial.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, propaganda itu jelas merupakan satu fitnah kerana keperluan mengenakan lesen bukanlah benda baharu sebaliknya akta tersebut telah diluluskan pada 1981 ketika media sosial belum wujud lagi.

Akta tersebut adalah Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 [Akta 244] dan telah digunakan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu, termasuk Barisan Nasiona (BN) dan PH.

Katanya, apa yang dinyatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multmedia, Datuk Saifuddin Abdullah adalah kerajaan mahu meminda akta tersebut supaya sesuai dengan zaman media sosial agar ia tidak boleh disalahguna untuk mengenakan pengguna media sosial.

“Kerajaan PN tak kata mahu perlukan lesen untuk semua pengguna media sosial seperti ditipu DAP.

“Tanya Gobind:

“Adakah akta dan keperluan ini dah lama wujud dan jika DAP tak suka kenapa dulu Gobind tak pinda Akta?” soal Najib dalam hantaran di laman Facebook malam ini.

Dakwaan sesiapa sahaja yang mahu merakam atau memuatnaik video di media sosial perlu mempunyai lesen FINAS timbul rentetan daripada jawapan Saifuddin di Dewan Rakyat semalam.

Artikel berkaitan: Lesen Perfileman FINAS: Ini Penjelasan Saifuddin

Saifuddin memaklumkan bahawa semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem masing-masing sama ada di platform media sosial atau saluran tradisi.

Menurutnya, keperluan berbuat demikian tidak kira sama ada mereka dari agensi media arus perdana atau media individu (media personal).

Saifuddin berkata, kementeriannya mengambil maklum bahawa akta tersebut perlu penambahbaikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. dap pula yang kena. apa hal yang berlaku jika tak disukai rakyat kena lah letak atas dap. inikah cara perjuangan orang melayu. islam lagi tambah. mca tak kena pula.

  2. BETUL…SAYA MELAYU MEMANG TAK SUKA DAP.
    SAYA TIDAK AKAN SOKONG MANA2 YG BERSAMA2 DAP!!
    DAP!!!

Comments are closed.