KUALA LUMPUR – Pelajar baharu Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Sesi 2020/2021 dari Sabah ditawarkan tiket penerbangan pada harga istimewa bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian di institut pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung.
Sumber dari Kementerian Pendidikan memberitahu, syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd (MAS) menawarkan tambang istimewa itu untuk penerbangan khas pada 3, 5 dan 7 Ogos ini.
Mana-mana pelajar dari Kuching, Bintulu, Sibu, Sandakan, Kota Kinabalu, Labuan dan Tawau boleh menghubungi Pegawai Bahagian Matrikulasi, Hasyidan Hussin 017-5156 061; Pegawai MAS, Iqmal Hakimi 018-3957 157 atau Nik Sheqal Alif 012-2475 676. – MalaysiaGazette