Jemaah di sembilan kawasan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur boleh menunaikan solat Jumaat di sembilan surau yang ditetapkan.-Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak sembilan surau dalam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur diberi kebenaran sementara oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menunaikan solat Jumaat.

Kebenaran itu diberikan bermula hari ini dengan mengikut prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan.

Keputusan JAWI itu memberi peluang lebih ramai jemaah untuk menunaikan solat Jumaat, yang terhenti sejak Mac lalu berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Surau itu ialah Surau Al-Falah, SMKA Kuala Lumpur, Bandar Manjalara, Kepong; Surau KWSP, Bangunan Ibupejabat KWSP, Jalan Raja Laut; Surau Menara MIDF, Jalan Raja Chulang; Surau Al-Sakinah, IPK Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah; dan Madrasah Taman Maluri, Jalan Belangkas 1.

Turut diberi kebenaran ialah Surau Al-Kauthar, Jalan Wangsa Melawati 4, Wangsa Siaga, Wangsa Melawati; Surau Mukhlisin, SMA MAIWP, Jalan Sri Permaisuri, Cheras; Surau Ar-Ramadaniah, Pangsapuri Segar Ria, Cheras; dan Surau Utama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast