TERKINI : UMNO Tewas Kerana Fitnah dan Janji Palsu – Najib Razak

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ingin melihat UMNO dan Barisan Naisonal (BN) terus menjadi parti yang dekat dengan hati rakyat serta semakin mendapat sokongan dan dihormati.

Itu antara harapan Ahli Parlimen Pekan itu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-67 hari ini sambil menyifatkan parti Melayu itu sebagai banyak berbudi kepada rakyat dan negara.

“Siapa yang menidakkan UMNO sebenarnya menafikan hakikat bahawa UMNO adalah parti yang telah banyak berbudi dan berjasa kepada negara, rakyat dan agama.

“Kita juga menunjangi dasar-dasar yang telah membuat perubahan yang besar kepada negara kita.