Jan Oblak kini dalam radar Solskjaer sebagai pengganti de Gea di Old Trafford.

LONDON – Manchester United berminat untuk mendakatkan khidmat penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak bagi menggantikan David de Gea.

Pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer dikatakan bimbang dengan prestasi tidak menentu de Gea sejak awal musim ini, termasuk ketika menentang Chelsea dalam kempen separuh akhir Piala FA pada minggu lalu.

Oblak sedang mencari peluang beraksi bersama kelab elit dan terkemuka Eropah selepas kecewa dengan beberapa keputusan Pengarah Sukan Atletico Madrid, Andrea Berta yang didakwa tidak memihak kepadanya dengan Liga Perdana Inggeris menjadi pilihan utama pemain berusia 27 tahun itu.

Oblak masih mempunyai kontrak sehingga 2023 dengan klausa pelepasan bernilai 120 juta pound.

Bagaimanapun nilai itu dijangka turun secara drastik berikutan situasi kewangan Atletico Madrid yang kritikal berikutan pendamik Covid-19.

United juga berdepan masalah untuk melepaskan de Dea yang menerima gaji mingguan 360,000 pound.

Manchester juga mempunyai seorang penjaga gol muda yang dipinjamkan kepada Sheffield United pada musim ini yang dilihat layak menggantikan de Gea. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast