Keadaan bumbung loteng rumah pangsapuri yang rosak akibat dirempuh sebuah pesawat ringan. foto Agensi

DUSSELDORF – Tiga individu maut selepas sebuah pesawat ringan merempuh sebuah kediaman di Wesel, di barat laut Jerman.

Identiti mangsa yang meninggal dunia masih belum diketahui.

Seorang kanak-kanak juga dirawat kerana kecederaan dan kejutan.

Pesawat yang boleh membawa dua orang itu berlepas dari padang terbang Marl.

Ketua Polis, Peter Reuters berkata, tiga orang yang maut itu ditemui di loteng bangunan pangsapuri.

Seorang saksi mata memberitahu, rempuhan itu menyebabkan berlaku letupan dan bebola api.

Payung terbang ditemui berhampiran dengan lokasi nahas dan dipercayai ia adalah sistem brek kecemasan pesawat.

Jurucakap memberitahu Der Tagesspiegel, bangunan kediaman itu merupakan lima pangsapuri. – MalaysiaGazette