PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan yang mengatakan seorang pemimpin kanan UMNO akan ditahan selepas Perhimpunan Agung UMNO (PAU).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Manan berkata, siasatan atau penahanan pemimpin kanan parti tersebut tiada dalam senarai pihaknya.
“Setakat yang SPRM ketahui, tidak ada. Saya tidak pasti dari mana mereka dapat berita ini tetapi tiada dalam senarai kita.
“Saya haraplah kalau ada pihak yang dengar sesuatu (maklumat), dapatkanlah buktu yang sahih terlebih dahulu (sebelum siarkan).
“Datang kepada kami dan kami akan bantu,” katanya semasa taklimat media di sini hari ini.
Terdahulu, Malaysia Gazette memetik sumber melaporkan seorang pemimpin kanan Umno dijangka dipanggil SPRM sejurus PAU 2026 selesai.
Menurut sumber itu, pemimpin berkenaan dipercayai akan disiasat berhubung penglibatannya dalam isu yang berkaitan dengan Tabung Haji. -MalaysiaGazette
















