Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri diminta berterus terang mengapa Goldman Sachs hanya membayar sebanyak AS$3.9 bilion (RM16.63 bilion) kepada Kerajaan Malaysia berbanding tuntutan asal sebanyak AS$7.5 bilion.

Itupun, Goldman Sachs hanya membayar AS$2.5 bilion (RM10.66 bilion) secara tunai dan bakinya, AS$1.4 bilion (RM6 bilion) bukan dibayar oleh Goldman Sachs,sebaliknya dari pengembalian aset haram yang dibeli menggunakan duit 1MDB oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS).

Ringkasnya, Goldman Sachs hanya membayar balik AS$2.5 bilion secara tunai, kata Lim Guan Eng.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, melepaskan tuntutan asal AS$7.5 bilion dengan berpuas hati dengan penyelesaian AS$3.9 bilion menunjukkan kerajaan memandang ringan beban hutang 1MDB yang sebegitu besar.

Jumlah hutang 1MDB terkini yang dijamin oleh kerajaan ialah sebanyak RM31.7 bilion dan angka ini akan meningkat kepada RM41.5 bilion sekiranya dicampur dengan kadar faedah sehingga tahun 2038.

Jumlah ini tidak termasuk RM8.9 bilion yang telahpun dibayar kerajaan sebelum ini, bermaksud jumlah keseluruhan hutang 1MDB, termasuk faedah, yang terpaksa ditanggung oleh negara ialah RM50.4 bilion.

”Selain pembayaran tunai AS$2.5 bilion, jika Goldman Sachs bersedia untuk mengembalikan baki AS$4 bilion aset haram, dan bukan setakat AS$1.4 bilion sahaja, maka munasabah bagi kerajaan untuk bersetuju dengan penyelesaian AS$6.5 bilion tanpa mengambil kira faedah sejumlah AS$1 bilion yang telah ditanggung kita sebelum ini.

”Goldman Sachs hanya membayar tunai sebanyak AS$2.5 bilion untuk menyelesaikan segala tuntutan dan tindakan undang-undang jenayah oleh Kerajaan Malaysia terhadapnya.

”Jika tidak mengikut jumlah tuntutan asal AS$7.5 billion sekalipun, penyelesaian dengan Goldman Sachs patut dibuat dengan tuntutan sekurang-kurangnya AS$D6.5 bilion berikutan 3 bon yang diterbit oleh syarikat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Oleh itu, beliau berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajib memberi jaminan kepada rakyat bahawa beliau tidak mengkhianati kepentingan negara dan melepaskan Goldman Sachs sebegitu mudah atas penglibatan mereka dalam skandal kewangan yang terbesar dalam sejarah membabitkan RM50.4 bilion

Katanya, kenyataan Muhyiddin tentang persetujuan yang dicapai bersama Goldman Sachs untuk membayar AS$3.9 bilion (RM16.63 bilion) sebagai penyelesaian kepada kerajaan Malaysia menimbulkan persoalan.

”Adakah beliau melepaskan Goldman Sachs dengan sebegitu mudah, sedangkan sebelum ini kita telah menuntut pembayaran sebanyak AS$7.5 bilion atas penglibatan mereka di dalam skandal 1MDB, di mana dua orang pegawai eksekutif senior Goldman Sachs telah didakwa oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat dan Kerajaan Malaysia sendiri telah menfailkan 17 dakwaan jenayah terhadap Goldman Sachs?,” soal Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP.

Katanya, situasi itu berbeza dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini yang kekal tegas menuntut AS$7.5 bilion bagi tiga bon 10 tahun berjumlah AS$6.5 bilion yang diatur oleh Goldman Sachs dengan kadar faedah yang jauh lebih tinggi daripada pasaran dan dijamin oleh Kerajaan Malaysia.

Jumlah itu membabitkan AS$1.75 bilion pada kadar faedah 5.99% diterbit pada 18 Mei 2012,  AS$1.75 bilion pada kadar faedah 5.75% diterbit pada 17 Oktober 2012 dan AS$3.0 bilion pada kadar faedah 4.4% diterbit pada 16 Mac 2013.

Guan Eng berkata, jumlah AS$7.5 bilion yang dituntut oleh Kerajaan PH termasuk AS $1 bilion bagi menampung kos faedah yang dikenakan pada bon tersebut setakat ini. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. Bakinya di ambil dari pengubahan wang projek terowong kot. TN usahlah sibuk. Selesaikan masalah awak dengan sprm saja.

  2. Lim Guan Eng ni betul ke, bimbang dia tersilap “tambah” angka perpuluhan jer. Atau ini perkiraan paling tepat seumur hidupnya? Lim Guan Eng harap Kira semula…

  3. Dlm keadaan ekonomi dunia hadapi pandemik ni, kalau xdpt rotan, akar pun berguna. LGE mmg tak faham sbb dia jaga akauj negara mcm apek jaga kedai.kalau utk rakyat, sekuoang duit dia jaga pun berkira. Tp utk anak beranak dia, senyap2 bg sumbangan.

  4. phuihhhh sepet nie, kes rasuah ko pn gugur hartue. sembng je apek nie. ak sepak baru tahu

  5. Menyalak lagi LGE ni.. Masa kamu jadi menteri xde pulak menyalak mcm anjing gila… Ph jd kerajaan makin bertambah hutang konon nya nak selesai hutang… Sudah lah rakyat dah muak dgn sandiwara kamu dan kroni2 penipu2 pH

Comments are closed.