Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin (dua kanan) beramah mesra dengan sebahagian penerima sumbangan pada Majlis Perasmian Perpustakaan Komuniti Pei You di Dewan Orang Ramai Kampung Baru Salak Selatan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 26 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum bersedia untuk mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) terhadap pusat hiburan, kelab malam dan bar.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu masih lagi dalam proses penelitian dan penyediaan.

Ini kerana katanya, pusat hiburan mungkin agak sukar untu dikawal dan disebabkan itu kerajaan perlu meneliti dari segi SOP dan penguatkuasaan.

“Sekiranya sudah siap SOP itu nanti, setiap pengusaha harus membuat permohonan kepada PBT (pihak berkuasa tempatan) di kawasan masing-masing untuk semakan bagi memastikan mereka mengikut SOP dengan ketat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Perpustakaan Komuniti Pei You dan Program Kesedaran Cegah Kebakaran di Kampung Baru Salak Selatan di sini hari ini.

Seentara itu, ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil terhadap sebuah pusat hiburan di Jalan PJU 7/3 Mutiara Damansara, Petaling Jaya, yang melanggar melanggar peraturan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), beliau berkata, tindakan boleh diambil oleh PBT.

Ujarnya, jika premis itu beroperasi secara haram maka pengusaha dan pengunjung boleh dikenakan kompaun.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 310 pengunjung pusat hiburan berkenaan dikompaun selepas melanggar peraturan pelaksanaan PKPP kerana berkumpul tanpa ada penjarakan sosial.

Menerusi serbuan pukul 11 malam Jumaat itu, kira-kira 200 lelaki dan 110 wanita berusia antara 20 hingga 30 tahun ditahan sebelum dikompaun atas kesalahan berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast