KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembaikan paip pecah di Rumah Pam Taman Melawati telah siap sepenuhnya.

Bagaimanapun, kerja-kerja membaik pulih sistem elektrikal dan mekanikal sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada jam 12 tengah malam esok.

Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna selepas sistem rumah pam tersebut diuji dan selamat untuk dioperasikan, kata Air Selangor.

Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna termasuk menghantar bantuan air melalui lori-lori tangki ke kawasan kawasan yang terjejas.

Para pengguna boleh menghubungi talian 15300 dan whatsapp 0192800919 atau 0192816793 untuk memohon bantuan bekalan air kecemasan ini. – MalaysiaGazette