Seorang pekerja sedang menurunkan plak di bangunan pejabat konsulat Amerika Syarikat di Chengdu sebelum para diplomat keluar dari bangunan tersebut. foto Agensi

CHENGDU – Diplomat-diplomat Amerika Syarikat (AS) akan meninggalkan konsulat Chengdu seperti arahan China.

Dalam beberapa jam sebelum tarikh akhir, beberapa kakitangan pejabat konsulat itu membawa kotak-kotak yang mengandungi fail dan bungkusan-bungkusan sampah.

Sementara itu, di luar perkarangan pejabat konsulat itu, penduduk China berkumpul beramai-ramai sambil mengibarkan bendera China dan berswafoto.

China mengarahkan konsulat AS ditutup sebagai maklum balas tindakan sama yang diambil oleh Washington terhadap konsulat Beijing di Houston, Texas, minggu lalu.

Selepas tempoh akhir 72 jam untuk diplomat China meninggalkan konsulat Houston pada hari Jumaat, pengamal media melihat sekumpulan lelaki membuka pintu untuk memasuki premis tersebut secara paksa.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo mengatakan Washington telah memutuskan untuk bertindak demikian kerana Beijing “mencuri” harta intelek negaranya.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin yang bertindak balas terhadap kenyataan Pompeo mendakwa tindakan China itu berdasarkan kepada “pembohongan anti-China”. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast