Jamie Vardy pemenang kasut emas EPL 2019/20

LONDON – Jamie Vardy menang kasut emas penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berjaya menjaringkan 23 gol sepanjang musim 2019/20 ini.

Penyerang berbisa Leicester City itu bagaimanapun gagal menjaringkan gol pada aksi penutup tirai EPL menentang Manchester United selepas tersungkur dengan keputuan 0-2 semalam di King Power Stadium.

“Saya gembira kembali menang kasut emas namun kejayaan ini adalah disebabkan pasukan the Foxes,” katanya.

Penyerang Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang yang menjaringkan dua gol dalam aksi bertmu Watford malam tadi menamatkan musim dengan 22 gol bersama the Gunners.

Manakala Pemain Manchester City, Raheem Sterling pula menjaringkan 20 gol diikuti Mohamed Salah, 19 gol sahaja bersama Liverpool musim ini.

Musim lalu Aubameyang dan pasangan Liverpool Sadio Mane dan Salah menjaringkan 22 gol dan menerima kasut emas.

Bagaimanapun kemenangan Vardy gagal mengesahkan tiket Liga Juara-Juara Eropah untuk pasukannya yang diidamkan musim depan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast