Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr. Mahathir
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai punca runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan.

PETALING JAYA – Perletakan jawatan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan antara penyebab berakhirnya pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya bertahan selama 22 bulan, kata Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, PH masih merupakan kerajaan jika Dr. Mahathir tidak meletak jawatan pada masa itu.

“Jika Dr. Mahathir tidak meletak jawatan, maka semua masalah dalaman boleh diselesaikan secara dalaman,” katanya dalam wawancara bersama Sinchew Daily.

Anwar hanya menyedari tertipu selepas sekian lama kerana beliau sebelum ini memang percaya Dr. Mahathir akan menyerah jawatan PM kepadanya.

Menurut Anwar, beliau bagaimanapun sedar ramai orang menentangnya menjadi PM.

“Banyak orang dan ramai jutawan, termasuk seorang hartawan Melayu yang saya kenali, telah membantah (saya menjadi PM), saya tahu golongan yang rasuah turut menentang.

“Adakah anda percaya semua orang akan menyokong jika anda berbicara tentang kebebasan kehakiman? Tidak semua orang akan sokong jika anda bercakap tentang keadilan,” katanya.

Mengenai jawatan PM yang tidak kesampaian hingga hari ini, Anwar berkata, sebagai manusia biasa, beliau kadangkala juga merenung kenapa keadaan tidak saksama itu boleh berlaku.

“Saya sudah rajin bekerja, termasuk memilih untuk memaafkan dan menyokong Dr. Mahathir.

“Sepanjang tempoh 22 bulan Dr. Mahathir menjadi PM, saya tidak mewujudkan masalah, tetapi hanya bercakap ya ya ya sahaja. Saya sokong sahaja walaupun ada banyak perkara yang saya tidak setuju,” katanya.

Menurutnya, walaupun ramai penyokong marah atas sokongan yang diberikan kepada Dr. Mahathir pada masa itu, tetapi Anwar memilih mengutamakan kepentingan negara dan menyokong kepimpinan Dr. Mahathir.

Walau bagaimanapun, beliau tidak terlalu kecewa apabila tidak dapat mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

“Lagipun, saya masih mempunyai peluang yang baik,” katanya.

Mengenai penderhakaan dalaman yang telah berlaku, Anwar berkata, masalah melibatkan PKR dan Bersatu itu telah lama wujud.

“Kami semua tahu, tetapi nampaknya kami memilih untuk tidak menghalangnya kerana ada orang yang sanggup melihat ia  berlaku,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Silapp kot. Org xnak hang jd PM psl akhlak n perangai hang kottt. Org xtakut pun psl kehakiman suma tu. Tp hampa org politik semua sama ja putar belit.

  2. anggap takde rezki jelaa… tak dpt jd PM , dpt jadi Hang Kebun pun jadilaaaaa….

  3. Kenyataan Dan pengakuan anda “Sepanjang tempoh 22 bulan Dr. Mahathir menjadi PM, saya tidak mewujudkan masalah, tetapi hanya bercakap ya ya ya sahaja. Saya sokong sahaja walaupun ada banyak perkara yang saya tidak setuju,”.
    Sikap lemah inilah rakyat Malaysia telah lama tahu dan nampak dimana inilah ALASAN yang rakyat TIDAKMAHU Anwar Ibrahim menjadi PM selain moral buruk yang Anwar Ibrahim amalkan sebagaimana diratipkan Mahathir kepada rakyat Malaysia serta ke pelusuk dunia sehingga kehari ini.

Comments are closed.