Ole Gunnar Solskjaer sudah memulakan misi membawa masuk bintang muda Borussia Dortmund, Jadon Sancho dengan bidaan £89 juta pound.

LONDON – Manchester United sudah turun secara serius untuk membeli Jadon Sancho dari Borussia Dortmunds musim ini selepas mengesahkan penampilan dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah musim 2020/21 semalam.

Laporan terbaharu di Jerman mendedahkan bahawa kelab elit Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menguji kelab Bundesliga tersebut dengan tawaran awal bernilai £89 juta untuk bintang muda tersebut.

Pengurus the Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer percaya kejayaan kembali ke kejuaraan elit Eropah satu kelebihan untuk kelab menarik pemain-pemain tersohor ke Od Trafford sepanjang jendela permindahan musim panas yang membuka tirai secara rasmi esok.

Ole sudah membuat ketetapan bahawa dia tidak akan berganjak selagi tidak memuktamadkan khidmat bintang mudah prolifik yang menjadi rebutan kelab Eropah lain termasuk Liverpool.

Difahamkan Theatre of Dreams merupakan destinasi kegemaran Sancho untuk beraksi di England yang juga tanah kelahirannya.

Malangnya tawaran asas £89 juta yang dikemukakan Man United ditolak Dortmund dan konsisten dengan klausa pelepasan berjumlah £109 juta yang ditetapkan sebelum ini tetapi membuat persiapan untuk menjual pemain itu.

Bagaimanapun, Solskjaer dikatakan tidak mahu berputus asa dalam usaha merampas Sacho dan dilaporkan menyediakan satu lagi tawaran bagi memujuk Dortmund mengurangkan kluasa tersebut.

Dortmund juga dikatakan sudah bersedia meneruskan saingan Bundesliga tanpa Sancho musim 2020/21 namun didakwa sudah menugaskan pakar pemain untuk mencari penggantinya dengan bintang Lille Jonathan Ikone menjadi sasaran baharu.

Lille terbukti sebagai pengeluar pemain berbakat sepanjang zaman antaranya Eden Hazard, Benjamin Pavard dan Frank Ribery dari akademi bola kelab itu.-MalaysiaGazette