UTeM Team Revenge yang dianggotai sekumpulan penuntut dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mempamerkan saingan dan aksi hebat sekaligus berjaya meraih tempat ketiga kejohanan e Sukan Kampus Yodoo peringkat kebangsaan yang dijalankan secara atas talian.

KUALA LUMPUR – UTeM Team Revenge yang dianggotai sekumpulan penuntut dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah berjaya mempamerkan saingan dan aksi hebat sekaligus berjaya meraih tempat ketiga kejohanan e Sukan Kampus Yodoo peringkat kebangsaan yang dijalankan secara atas talian.

Mereka berentap bersama pasukan-pasukan ternama yang mewakili Institusi pengajian tinggi (IPT) yang terdiri dari kalangan juara zon masing-masing peringkat sebelumnya dari Borneo, zon utara, timur, tengah dan selatan yang diwakili UTeM.

UTeM Team Revenge dianggotai seramai enam orang ahli pasukan yang terdiri daripada Muhammad Ilyas Azahir, Muhamad Aqrimi Firdaus Mohd Fazli, Muhammad Afnan Mohd Kamarul Ariff, Darren Lim Jia Shern, Muhammad Luqman Hakim Ahmad Nizam dan Muhamad Haziq Haikal Kamarudin dan penasihat pasukan Pegawai belia dan Sukan Kanan UTeM, Mohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi.

Pengarah Pusat Sukan UTeM, Prof. Madya Dr Mohd Sanusi Azmi berkata, kemenangan mereka di peringkat akhir apabila berjaya menewaskan UPSI Uprising dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dengan mata 3-0 dan melayakkan mereka menduduki tempat ketiga.

Jelasnya, kemenangan itu sekaligus membolehkan mereka berenam yang merupakan pelajar tahun tiga jurusan diploma UTeM menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM7,500.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr Raha Abdul Rahim gembira dengan berita kejayaan ini.

Dr Raha berkata, semoga kejayaan itu terus menyemarakkan semangat dan pasukan yang bertanding bagi mewakili UTeM terus memperhebatkan teknik dan strategi dalam arena yang akan datang.

Beliau berharap TUAH UTeM sentiasa mempamerkan aksi cemerlang dan sumbangan terbaik dalam apa jua lapangan samada bidang e sukan, akademik serta penghasilan produk inovasi.

Kejohanan kejohanan e Sukan Kampus Yodoo 2020 merupakan anjuran bersama Media Prima Digital dan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).- MalaysiaGazette