Dua petugas KKM membuat pemeriksaan wabak Covid-19 keatas orang awam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 31 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 39 kes baharu dilaporkan hari ini setakat jam 12 tengah hari tadi menjadikan jumlah kes positif Covid -19 di Malaysia adalah sebanyak 8,943 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 212 kes.

Daripada 39 kes yang dilaporkan, 11 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan empat rakyat Malaysia dan tujuh warga asing yang dibenarkan masuk ke Malaysia.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 11 kes import tersebut adalah dari Arab Saudi (1 kes di Sabah); Ireland (1 kes di Kuala Lumpur); Korea Selatan (2 kes: 1 kes di Sarawak dan 1 kes di Kuala Lumpur); India (1 kes di Kedah); Rusia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Amerika Syarikat (1 kes di Kuala Lumpur, 1 di Sarawak); • United Kingdom (2 kes di Sarawak); dan • Filipina (1 kes di Labuan).

Daripada 28 kes penularan di dalam negara, 22 kes adalah dalam kalangan warga negara Malaysia dan enam kes warga asing.

Perincian kes penularan Covid-19 dalam negara dalam kalangan warga negara Malaysia (22 kes) adalah Sarawak (19), Kluster Sentosa (7), masing-masing empat kes bagi Kluster Kejuruteraan Kuching dan Kluster Satok.

Menurutnya, kluster itu akan diperincikan di bawah Kluster Mambong (1 kes) dan Kluster PUI Melbourne (1 kes).

Bagi jangkitan dalam negara melibatkan bukan rakyat tempatan adalah dua kes di Sarawak daripada Kluster Sentosa dan empat kes daripada Kluster PUI Sivagangga di Kedah.

Sehingga kini, hanya satu kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, enam pesakit telah pulih hari ini, sekaligus jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah sebanyak 8,607 kes atau 96.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast