TERKINI : Penyokong Najib Menangis Tepi Pagar Mahkamah

Ribuan penyokong Datuk Seri Najib Tun Razak bersorak dan meluangkan Hidup Rakyat dan Allahuakbar sebaik sahaja Mahkamah Tinggi memutuskan bekas Perdana Menteri itu bersalah terhadap tujuh pertuduhan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, hari ini.

Kekecohan itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum disuraikan pihak polis susulan mereka berkumpul dengan rapat hingga melanggari Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan wabak Covid-19 kerana tiada penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka.