TERKINI: ‘Wallahi, Wabilahi, Wattallahi’ Saya Tak Terlibat Seleweng RM42 Juta – Najib

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersumpah tidak terlibat dalam penyelewengan RM42 juta di mahkamah hari ini.

Beliau berkata demikian selepas bangun membuat penyataan akhir sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali jatuh hukum kepadanya.