Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – PKR akan mengambil tindakan terhadap mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Sabah yang terbukti belot, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau sah ada (ADUN PKR yang sokong Musa Aman) kita akan ambil tindakan.

“Kita tidak izinkan (pertukaran kerajaan negeri),” katanya kepada media selepas menghadiri perjumpaan bersama pimpinan dan anggota PKR di Melaka, sebentar tadi.

Menurut Anwar, PKR masih menyokong Datuk Seri Shafie Apdal bagi mentadbir kerajaan negeri Sabah.

Hari ini mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman mendakwa memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baharu di Sabah.

Musa Aman berkata perkara itu dibuat beliau selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menerusi gabungan baharu pelbagai parti.

Artikel berkaitan: Musa Aman dakwa terima sokongan majoriti, tubuh kerajaan baru di Sabah

Beliau dalam pada itu juga mendakwa telah menerima surat Akuan Bersumpah (SD) yang membuktikan sokongan terhadapnya oleh ADUN dipercayai daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.

Untuk rekod, PKR mempunyai sdua ADUN iaitu ADUN Inanam yang merangkap Naib Ketua PKR Sabah, Kenny Chua dan Api-Api, Datuk Christina Liew.

Chua antara ADUN yang menghadiri sidang media Musa petang tadi. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Dulu masa jd kerajaan boleh pulak kalau pembangkang lompat dan sokong PH… Kenapa sekarang tidak boleh…. Kalau ahli BN lompat ke PH dikira HALAL demi negara.. Jikalau ahli PH lompat ke PN.. dikira pengkhianat… Nampak sangat PH dh gotah takut hilang kerusi… Macam2 alasan…

Comments are closed.