Dean Henderson.
LONDON – Manchester United dilaporkankan tidak bersedia untuk membiarkan Dean Henderson berpindah ke Chelsea pada musim panas depan.
The Red Devils dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan penjaga gol itu untuk membincangkan masa depannya di Old Trafford dengan segera.
Henderson, 23, yang merupakan bekas pemain akademi United untuk dua musim terakhir telah dipinjamkan ke Sheffield United.
Dia dipinjamkan untuk mendapatkan minit permainan yang lebih di peringkat senior.
Di Sheffield, Henderson telah menunjukkan prestasi cemerlang apabila telah dinobatkan sebagai salah satu penjaga gol terbaik di Liga Perdana Inggeris musim ini.
Namun begitu sejak kebelakangan ini desas-desus melaporkan bahawa Chelsea berminat untuk mendapatkan pemain ini.
Menurut Manchester Evening News, United akan berusaha untuk menghalang Henderson berpindah ke Chelsea pada musim panas ini.
Menurut laporan itu, pihak pengurusan Chelsea telah mengundang wakil Henderson untuk berunding mengenai masa depan penjaga gol itu.
Di samping itu, United sendiri melihat bahawa Henderson adalah penjaga gol masa depan mereka dan mereka tidak mahu penjaga gol muda itu terlepas kelab lain terutama pesaing seperti Chelsea.
Justeru, United akan mengadakan rundingan mengenai kontrak baharu untuk penjaga gawang ini di mana kontrak Henderson di MU akan berakhir pada tahun 2022.
Menurut laporan itu, Henderson sendiri mahu kekal bertahan di United kerana sekian lama dia bercita-cita untuk menjadi penjaga gol pertama kelab itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast