Rosol Wahid

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini diberitahu bahawa lebih 4,500 buah perniagaan telah ditutup ekoran penularan pendemik Covid-19.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid jumlah itu direkodkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sepanjang empat bulan kebelakangan ini.

“Bulan April syarikat yang ditutup sebanyak 270 syarikat, manakala syarikat yang didaftarkan baru sebanyak 1,854 syarikat.

“Bulan Mei sebanyak 1,595 syarikat ditutup manakala 10,936 syarikat dibuka.

“Bagi Jun 1,595 syarikat telah ditutup dan dibuka 39,931,” katanya ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Pengerusi DAP itu mahu mengetahui jumlah perniagaan yang telah gulung tikar sepanjang pendemik Covid-19.

Daripada jumlah itu, 1,107 syarikat telah ditutup pada Julai ini dan 834 syarikat telah dibuat.

Bagi tempoh 1 April hingga 19 Julai ini, sejumlah 4,542 permohonan permohonan penempatan perniagaan telah diterima oleh SSM manakala sebanyak 82,555 perniagaan baru telah didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. – MalaysiaGazette