Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

KUALA LUMPUR – Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah (LPJ), Kementerian Dalam Negeri, Deputi Komisioner Sapiai@Shafien Mamat dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan yang baharu berkuat kuasa 1 September ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata, Sapiai@Shafien adalah antara empat pegawai kanan yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa pada hari berkenaan.

Beliau berkata, jawatan Ahli LPJ, Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya digantikan oleh Senior Asisten Komisioner Datuk Khalil Azlan Chik daripada Senior Asisten Komisioner Modenisasi Pengurusan Organisasi, Urus Setia KPN (Penyelidikan Dan Pembangunan), Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman yang memangku pangkat Deputi Komisioner.

Ketua Polis Daerah Kerian, Perak Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ditukarkan ke daerah Kuala Kangsar, Perak dengan memangku pangkat Asisten Komisioner.

Asmawati berkata, Ketua Cawangan Khas Daerah Bau, Sarawak Deputi Superintendan Damataries Lautin dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Lundu, Sarawak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast