LONDON – Mahkamah Britain di sini memutuskan hukuman penjara 24 tahun terhadap seorang artis rap terkenal selepas sabit kesalahan merogol dan menyerang empat wanita.

Agensi melaporkan, tertuduh, Andy Anokye atau lebih dikenali sebagai ‘Solo 45’ di dapati bersalah melakukan kesalahan merogol beberapa kali selain serangan terhadap empat wanita sekitar 2017.

Anokye disabitkan dengan 21 pertuduhan merogol selain lima tuduhan menahan dengan paksa oleh mahkamah di Bristol.

Hakim, William Hart ketika membacakan keputusannya berkata, lelaki itu sebenarnya seseorang tidak ‘senonoh’ kerana ketagih kepada keseronokkan melampaui batas.

Sebelum ini, The Guardian melaporkan ketika perbicaraan kes tersebut, salah seorang mangsa Anokye pernah mendedahkan bagaimana dirinya diperlakukan tanpa perikemanusian oleh tertuduh.

Kata mangsa, Anokye meletakkan kain di mukanya sebelum disiram dengan air sehingga menyebabkan dirinya seperti kelemasan.

Seorang lagi mangsa memberitahu mahkamah, tertuduh pernah sesuka hati menikam paha serta mengugut dengan mengacukan pisau berkali-kali kepadanya.

Sebuah video yang cukup mengganggu turut dimainkan ketika perbicaraan di mana Anokye di lihat bukan sahaja sepak terajang mangsa, sebaliknya juga menggunakan kata-kata kesat memalukan serta ada menggunakan senjata tajam menakutkan mangsanya.

Bagaimanapun, Anokye memberitahu semua itu dilakukan olehnya dengan kerelaan mangsa-mangsa itu sendiri.

Malah dakwa Anokye, itu merupakan satu permainan yang dikenali sebagai ‘tangkap aku, rogol aku’.

Anokye pernah berkolabrasi dengan bintang terkenal seperti Wiley dan Stormzy sebelum ini. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast