KUALA LUMPUR – Banyak perubahan telah berlaku dalam UMNO sejak Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar gagal dalam pemilihan jawatan parti, kata veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.
Sehubungan dengan itu, beliau merumuskan Khairy sebagai ketinggalan dan dalam penafian apabila mengeluarkan kenyataan supaya UMNO bergerak ke hadapan sebaik sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah dalam kes SRC International minggu lalu.
Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu berkata, antara perubahan yang dicetuskan oleh UMNO adalah tertubuhnya Muafakat Nasional dan peletakan jawatan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga muncul pula kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Kedua-dua ini melibatkan kepimpinan UMNO,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.
Shahrir melahirkan rasa hairan mengapa Khairy berpendapat UMNO belum mampu bergerak ke hadapan seolah-olah UMNO masih berada dalam kebingungan akibat kekalahan Pilihan Raya Umum ke-14 Mei 2018.
Artikel berkaitan:Â Ku Li pun cakap hampir sama, tapi tak dikecam – KJ
“Seolah-olah UMNO masih terperangkap dalam kenafian realiti (‘denial’) dan masih mahu mempertahan bekas presiden dan perdana menteri, DS Najib Tun Razak!
“Sebenarnya, saya melihat YB Khairi pula yang semacam ketinggalan dan dalam penafian segala perubahan yang telah berlaku dalam tempoh PH menjadi pemerintah,” katanya.
Shahrir berkata, tanpa perpaduan UMNO dan kepimpinan parti yang memahami kehendak ahli dan pimpinan bawahan, kedua-dua peristiwa terpenting iaitu MN dan kerajaan PN pasti tidak akan berlaku.
Katanya, UMNO dan Barisan Nasional sudah pun ke hadapan dan akan terus ke hadapan, memantapkan kesiapsagaan untuk mendapat kembali mandat rakyat secara terhormat dan berprinsip dalam PRU-15 kelak.
“Kerana itu, UMNO dan PAS memahami sokongan kepada kerajaan TS Muhyiddin (yang YB Khairy menjadi seorang menteri dalamnya, sedangkan ianya sesuatu jawatan yang boleh ditolak) adalah untuk menyelamatkan keadaan buat sementara waktu.
“Sementara sehingga keadaan mengizinkan untuk mandat dikembali kepada rakyat untuk memilih pemerintahan yang terbaik di PRU15,” katanya.
Artikel berkaitan:Â KJ harap UMNO tidak diheret bersekali dalam kes Najib
Menurut Shahrir, UMNO dan BN pada hari ini sangat-sangat berbeza berbanding keadaan pada Mei 2018 selepas kalah dalam PRU-15.
Katanya, kes-kes mahkamah yang melibatkan pemimpin UMNO termasuk beliau sendiri akan terus berjalan.
“Saya tidak pun melibatkan UMNO dalam kes-kes ini. Dan saya tetap bersama UMNO dan menyokong perjuangan parti walaupun saya menghadapi pendakwaan di mahkamah.
“Kes di mahkamah tetap tanggungan kami sendiri.
“Ianya tidak sama sekali akan menghalang kelangsungan perjuangan bangsa, agama dan negara melalui UMNO,” katanya.
Artikel berkaitan:Â KJ, bacalah kritikan saya ini – Puad
Sehubungan dengan itu, katanya, tidak timbul soal biadap di pihak Khairy kerana UMNO ketika ini sudah jauh ke hadapan, meninggalkan dilema yang dihadapi Khairy selepas PRU-14. – MalaysiaGazette
hahaha betul ka kedepan.. tp seperti dilihat usaha ini hanya lah seperti usaha mengemnalikan. umno pada tahap lama dan persediaan bagi membaham harta rakyat semula
Kj tu bangang!! Klu x umno samo sepakat duk dalam PN..ekau x kn jadi menteri lah ngok!” Tulh..berkawan dengan pembangkang..otak pun dh serupa pembangkang..langsung x guno 1 sen pun.. Baik ko hanyut je ke laut!
biarkan budah ego mentah politik mcm ssadik sepakraga akhirnya bungkus juga
Ujang, siapa yang baham harta sebenarnya?????? buat2 tak tau pula
ujang mohd kono byk membaca lagi la gamak eaaaa hahaha
Namanya pun ujang @ bujang…dah kawin pun bujang,dah nak mampoi pun bujang @ bongok bahlol…
Hahaha
Sabar je DSNajib, sumpah laknatmu Allah swt makbulkan ,semua fitnah2,pengkhianat2,penipu2 hancing lingkup.Atok,LKS,MatSabu,Anwar,Spie ,ssadik,Tumbang kita sedang tengok TSMuhyudin je
sdg desprado
SAYA TETAP AKAN UNDI MUAFAKAT NASIONAL PADA PRU15!!
AMIN