Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun hadir ke mahkamah bagi berhadapan dengan dua pertuduhan penggubahan wang haram berjumlah RM15 juta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 03 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Datuk Mohd Hafarizam Harun yang baharu sahaja dibebaskan tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi atas dua pertuduhan wang haram mengaku tidak bersalah tiga pertuduhan baharu ke atasnya hari ini.

Beliau yang merupakan Penasihat Undang-Undang UMNO mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melibatkan tuduhan penggubahan wang haram bernilai RM15 juta.

Pertuduhan itu melibatkan cek bernilai RM11.5 juta dan RM3.5 juta dari akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kesemua cek itu dimasukkan ke akaun bank milik firma guamannya Hafarizam Wan & Aisha Mubarak antara April 2014 hingga Februari 2015.

Sebelum ini, pagi tadi di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Ishak Mohd Yusoff memaklumkan kepada mahkamah bahawa pertuduhan pertama adalah cacat kerana ia melibatkan dua transaksi pada April dan November 2014.

Ishak Mohd memberitahu Mohd Nazlan yang pendakwaan memohon dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) supaya dakwaan baru boleh difailkan di mahkamah rendah.

Mohd Hafarizam yang diwakili peguam Datuk Hasnal Rezua Merican berkata pihak pembelaan akan menarik kembali permohonan mereka supaya hakim menarik diri yang telah dibuat lebih awal, kerana ia telah menjadi akademik.

Sepatutnya perbicaraan Mohd Hafarizam dijadualkan berlangsung mulai hari ini hingga 19 Ogos ini.

Sebelum ini,  Mohd Hafarizam, 48, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM15 juta, yang didakwa diterima daripada Najib yang didepositkan ke dalam akaun bank milik firma guamannya.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda 5 kali ganda hasil aktiviti haram atau RM5 juta, jika sabit kesalahan. –MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hafarizam lepas tanpa bebas, berhadapan pertuduhan baharu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast