BENGALURU – Harga emas naik ke paras tertinggi dalam dagangan hari ini disebabkan dolar Amerika Syarikat lemah selain didorong oleh kebimbangan kejatuhan ekonomi global selepas kes koronavirus melonjak semula.

Emas spot naik 0.1 peratus kepada AS$1,976.47 bagi setiap auns pada 0028 GMT, setelah mencapai paras tertinggi AS$1,984.66 pada awal perdagangan Asia.

Niaga hadapan emas AS meningkat 0.5 peratus kepada AS$ 1,996.30.

Koronavirus telah menjangkiti 4.6 juta warga Amerika Syarikat dan lebih daripada 17.96 juta penduduk dunia.

Indeks dolar ditutup dua tahun rendah berbanding pesaing-pesaingnya mendorong harga emas kurang mahal kepada pemegang matawang-matawang lain. – MalaysiaGazette