Wang GST Tidak Dirompak!!! | EDISI MG 3 Ogos 2020

Tindakan pembangkang yang menuduh Barisan Nasional (BN) ‘merompak’ wang tuntutan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion terbukti meleset.

Timbalan Menteri Kewangan II, Mohd Shahar Abdullah berkata Hasil laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC), wang itu sebenarnya telah dibelanjakan untuk merancakkan pembangunan negara.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen (Pontian-BN), Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung tuduhan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sebelum ini menuduh kerajaan BN ‘merompak’ kutipan hasil GST.

Menurutnya, sejumlah RM1.479 bilion telah diluluskan untuk tuntutan bayaran balik GST bagi tempoh 22 Jun 2020 sehingga 8 Julai lalu.

5 Komen

  1. Walaupun begitu rakyat yg meanggung derita kerana pengedar dan penjual brng tidak mau nenurun harga brng atas alasan gst tidak dikembalikan. Inilah namanya pemimpin zalim.

  2. Walaupun begitu rakyat yg menanggung derita kerana pengedar dan penjual brng tidak mau nenurun harga brng atas alasan gst tidak dikembalikan kpd mereka atas kecuaian kk. Inilah namanya pemimpin zalim. Sedangkan kerajaan mempunyai dana sehingga 2 trilion yg cukup untuk memberi segala kemudahan kpd rakyat jelata tanpa dibeban dgn cukai yg tinggi, tarik subsidi, tol, kadar letrik yg tinggi dan pengurangan budget untuk kesihatan, pendidikan dan infrastruktur.

  3. Ada pihak yang cuba membetulkan kesalahan..menghalalkan cara

    Ali terkebih bayar sewa kereta Borhan rm50
    Borhan guns buat beli saham
    Borhan ubtung saham rm5

    Adakah ini hak?

    Sepatutnya hak ali
    Untung saham ali punya

    Semua nak auta rakyat?
    Untuk apa?
    Tindas rakyat?
    Rasuah rakyat?

  4. tak rompak tapi salah guna. seakan2 jenis curi juga lah tu. kalau lani simpan duit untok beli kereta tapi bini dia ambil untok beli beras. memang bukan curi tapi seakan akan curi juga lah tu. nak cantik bahasa sedap didengar telinga ubah istilah lain lah.

Comments are closed.