Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner, S. Shanmugamoorthy.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga emas ditemui kaku dan kesan kecederaan pada tubuhnya dipercayai didera oleh anak lelakinya pada jam 10.10 malam pada 31 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa dan suspek telah bergaduh apabila anak lelakinya yang balik ke rumah kira-kira jam 9.30 malam telah mengejutkan ibunya yang sedang tidur.

Menurutnya, suspek dikatakan memukul mangsa yang berusia 70-an dengan menggunakan objek keras.

”Hasil pemeriksaan mangsa mendapati tangan dan mata bengkak dan ada kesan darah di kedua dua belah kaki mangsa serta luka di atas kepala mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan ambulans dan disahkan meninggal dunia.

Suspek yang ditangkap telah menjalani ujian saringan air kencing dan didapati positif ganja dan heroin.

Dia sebelum ini tiada rekod jenayah telah direman sehingga 15 Ogos ini.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette