drunk sodomised sodomy driver lorry attendant
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

KUALA LUMPUR – Polis menangkap seorang polis bantuan dipercayai suspek kes cabul seorang pelajar perempuan dalam kejadian di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) di Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menerima satu laporan sekitar jam 3.30 pada 30 Julai lalu pagi daripada seorang wanita warga tempatan mendakwa dirinya dicabul oleh suspek.

Mangsa mendakwa dia didatangi suspek yang mempelawa menemaninya atas dasar keselamatan.

“Suspek juga telah mengajak mangsa untuk duduk di tangga stesen tersebut dan mula berbual dengan mangsa sebelum didakwa memaksa mangsa untuk bersalam tangan sebelum beredar dan bertindak menyentuh bahagian buah dada mangsa.

“Terkejut dengan tindakan suspek, mangsa lantas lari menyelamatkan diri mengelak perkara lebih buruk berlaku sebelum menceritakan kejadian kepada keluarganya sejurus sampai ke rumah,” kataya dalam kenyataan petang ini.

Bertindak atas laporan mangsa gadis itu, katanya polis pada 12.30 tengahari ini berjaya menahan seorang warganegara tempatan berusia 36 tahun yang dikenalpasti sebagai suspek utama kes cabul gadis berusia 19 tahun itu.

Katanya, siasatan awal polis mendapati suspek merupakan anggota polis bantuan yang bekerja di stesen LRT berkenaan.

“Semasa ditahan polis suspek mengaku telah bertemu dengan mangsa di masa dan tempat kejadian dilaporkan tetapi menafikan bahawa dia telah mencabul seperti didakwa mangsa gadis itu.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pagi esok untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

“Sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuma penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” tegasnya.-MalaysiaGazette