PLUS

KUALA LUMPUR – Jalan Susur Masuk Ebor ke Shah Alam di KM0 (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) akan ditutup kepada semua kenderaan mulai  5 Ogos 2020 hingga 9 Ogos 2020, mulai jam 10 malam hingga 5 pagi.

Ia bertujuan meningkatkan tahap keselamatan di Persimpangan Bertingkat Shah Alam.

Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaran turapan jalan dapat dilaksanakan dengan selamat di sepanjang laluan tersebut.

Sehubungan dengan itu, pelanggan lebuh raya dari arah Ebor/ELITE yang menuju ke Shah Alam/Bukit Jelutong, dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif dengan keluar dari lebuh raya menggunakan Plaza Tol Setia Alam.

Orang ramai boleh memasuki semula ke lebuh raya selepas membuat pusingan-U di Plaza Tol Setia Alam untuk meneruskan perjalanan ke Shah Alam/Bukit Jelutong dengan lebih lancar dalam tempoh tersebut.

PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan serta mematuhi semua papan tanda dan arahan yang disediakan oleh pihak PLUS.

PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua pelanggan lebuh raya sekaligus memastikan aliran trafik lancar ketika kerja-kerja penyelenggaraan ini dilaksanakan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast