Tengku Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengesahkan hutang negara adalah sebanyak RM1.2 trilion seperti yang pernah diumumkan ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz bagaimanapun mememberitahu, ia tidak bermakna negara akan bankrap kerana ia termasuk hutang luar perbelanjaan yang wujud sebelum PH mengambil alih kerajaan.

Tengku Zafrul turut menjelaskan, ia berbeza dengan hutang langsung kerajaan yang berjumlah RM854 bilion.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja bagi Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab pertanya Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua (PH) yang bertanya mengenai jumlah liabiliti kerajaan termasuk hutang kerajaan persekutuan, jaminan kerajaan, dan pembayaran sewa untuk projek perkongsian awam-swasta (PPP) yang dilaksanakan di bawah Barisan Nasional.

Selesai penggulungan yang dibuat oleh Tengku Zafrul, Speaker Dewan Rakyat kemudiannya menangguhkan mesyuarat yang akan bersambung pada Isnin pukul 10 pagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. …..ingatkan PH jadi kerajaan dah settle utang.
    Tapi makin bertambah!!!

    Adihhhhh…..nasib baik 22 bln….kalo 22 tahun….

Comments are closed.