Pakatan Harapan Sabah bermesyuarat bersama ahli komponen berhubung pilihan raya negeri itu. Foto: PH

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan Sabah memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal pada pilihan raya negeri akan datang.

Dalam satu kenyataan ringkas yang dikongsi oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, PH Sabah mengadakan mesyuarat bersama ahli-ahli komponen untuk membincangkan kerjasama dan persediaan pilihan raya akan datang.

“PH Sabah sepakat hati menyokong Ketua Menteri “caretaker” Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal sepenuhnya dalam pilihan raya akan datang,” kata kenyataan tersebut.

Khamis lepas, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan selepas permohonan Shafie diperakukan oleh Yang di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Perakuan tersebut membolehkan pilihan raya negeri diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran.

Krisis politik Sabah mencapai kemuncak kurang 24 jam sebelum itu apabila bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, mendakwa mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri. – MalaysiaGazette