Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir menaiki kenderaan Vellfire selepas diminta menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah memberi keterangan berhubung siasatan mengenai kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 06 OGOS 2020.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat izin untuk mendakwa daripada Peguam Negara bagi menuduh Ahli Parlimen Bagan,  Lim Guan Eng di Kompleks Mahkamah Jalan Duta esok.

SPRM dalam kenyataannya mengesahkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan menghadapi tiga pertuduhan di dua mahkamah iaitu Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur pada esok jam 9 pagi atas kesalahan Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Pada 10 dan 11 Ogos ini, Setiausaha Agung DAP itu akan didakwa pula  di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang.

Untuk dua kesalahan di mahkamah di Pulau Pinang, beliau yang juga  Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih akan didakwa di bawah Seksyen 23Akta SPRM 2009.

Terdahulu, bekas Menteri Kewangan itu ditahan di ibu pejabat SPRM ini. Beliau ditahan berhubung skandal projek terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion.

Guan Eng hadir ke ibu pejabat SPRM tepat jam 9.10 malam tadi menaiki kereta Vellfire putih diiringi kenderaan Mercedes Benz.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Lim Guan Eng didakwa esok?