Dr. Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Sikap penduduk negara ini terhadap jenayah rasuah tidak seperti sikap mereka melihat kepada jenayah lain.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa, rakyat memandang ringan kepada kesalahan rasuah sehingga jika disogok, mereka sanggup menerimanya dan tidak berasa bersalah atau malu walaupun diketahui orang.

Apabila masyarakat kita anggap rasuah bukanlah satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat, katanya.

“Tidak ada apa-apa khidmat yang tidak melibatkan rasuah.

“Diperingkat ini individu dalam masyarakat tidak berasa tertekan dan rela membayar,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, jika diambil kira kesan terhadap pemerintahan, rasuah tetap akan menghalang proses pentadbiran negara yang mana negara tetap tidak akan maju dan rakyat akan jadi mangsa daripada amalan rasuah.

Kata bekas Perdana Menteri itu, rasuah biasanya melibatkan perkhidmatan kerajaan yang mana segala urusan memerlukan kelulusan daripada kerajaan.

Berikutan itu, jelas beliau, ia memberi peluang (dan kuasa) kepada pegawai dan kakitangan kerajaan menuntut sagu hati untuk khidmat biasa mereka.

Walaupun undang-undang boleh dikenakan kepada mereka yang menerima sagu hati, tetapi keengganan penerima membuat laporan menjadikan undang-undang tidak berkesan.

“Yang boleh menghapus rasuah ialah sifat yang ada pada kita menolak rasuah sebagai jenayah yang amat buruk dan hina dan perlu ditolak,” ujarnya.

Dr. Mahathir berkata, negara dan masyarakat yang mengamalkan rasuah sebagai perkara biasa sukar dimajukan yang mana pentadbiran kurang efisien dan ia memberi kesan buruk kepada pelaburan dan dagangan.

Malah Dr. Mahathir berkata, dalam negara demokrasi setiap rakyat memiliki kuasa mengundi yang mana kuasa akan mengundang kepada rasuah dengan pengundi terdedah kepadanya.

“Undi menentukan menang atau kalah seseorang calon. Tujuan memberi kuasa memilih kepada rakyat ialah supaya mereka akan pilih calon yang terbaik yang akan diri Kerajaan yang prihatin terhadap masalah rakyat.

“Apabila Kerajaan terdiri dari orang yang baik iaitu tidak terima rasuah maka negara akan maju dan pengundi akan dapat banyak nikmat. Segala urusan dengan Kerajaan menjadi mudah, kos akan berkurangan dan masa tidak dibazirkan.

“Tetapi orang yang ingin merebut kuasa kerajaan untuk kepentingan diri sendiri akan melihat pemilihan wakil rakyat sebagai cara untuk mendapat kuasa Kerajaan melalui rasuah,” jelasnya.

Dr. Mahathir mendakwa, bagi calon yang berduit, samada duit sendiri atau yang dipinjam atau dicuri, maka ramai pengundi yang akan sogok dan besar kemungkinan calon yang mengguna kan wang akan menang.

Dengan Kerajaan dikuasai oleh perasuah, kepentingan negara dan rakyat akan diketepikan, katanya sambil menambah negara perasuah tidak akan menarik pelabur dan peniaga yang akan mengakibatkan peningkatan kos dan kelewatan kelulusan diberikan.

Berikutan itu, katanya, peluang pekerjaan akan berkurangan manakala kemiskinan akan bertambah dan negara tidak akan membangun.

Dr. Mahathir berkata, jika masyarakat menganggap rasuah sebagai jenayah ringan, besar kemungkinan orang lain juga mempunyai sikap yang sama, maka jadilah Melaysia sebagaiĀ  negara perasuah yang tidak mungkin berjaya.

4 Komen

  1. 22 tahun jadi pm.. 22 bulan jadi pm… kuasa ada di tangan. Kenapa tidak di perkemas undang2 rasuah?

  2. Sekawah daging boleh jatuh haram dimakan jika sezarah dna ‘babi ditemui..tapi rasuah yg merosakkn sistem masyarakat dan menzalimi jutaan rakyat, boleh ‘dimakan tnpa rasa brsalh..

Comments are closed.