Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hadir ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 07 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Seksyen KL hari ini membenarkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diikat jamin RM1 juta.

Hakim Azura Alwi memerintahkan beliau membayar RM500,000 pada hari ini dan bakinya pada Isnin minggu hadapan.

Selain itu, hakim juga memerintahkan beliau menyerahkan pasport antarabangsanya kepada mahkamah hari ini.

Guan Eng didakwa telah meminta sogokan sebanyak 10 peratus sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Bagan didakwa melakukan kesalahan tersebut berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini pada Mac 2011.

Pertuduhan ke atas Ahli Parlimen Bagan itu dibuat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali ganda jumlah suapan, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh dan RSN Rayer manakala SPRM pula diwakili pasukan pendakwaan Wan Shaharuddin Wan Ladin, Ahmad Akram Gharib, Nik Haslini Hashim dan Farah Yasmin Salleh.

Guan Eng juga kelihatan tenang sambil dipeluk beberapa kali oleh pemimpin DAP dan masih lagi kelihatan berbincang sesuatu dalam kalangan mereka.

Sebutan kes ditetapkan pada 9 September depan. -MalaysiaGazette

4 Komen

  1. DAP Lim Guan Eng disaran tukar Logo Roket kepada Logo $. Mereka merakyatkan Melayu minta rasuah kini Cina minta rasuah pada Melayu!!!
    Cerita kedai kopi:-
    Mula asalusul sedara LGE tumpang tapak nak hidup pehtu sewa tapak buat niaga pehtu pajak tapak kumpulkan saudaramaranya dan beli tapak untuk privacy tidak mahu diganggu penduduk asing contohnya tuan asal tanah atau masyarakat tuan tanah.
    Lim Guan Eng terkini mengatasi undang-undang Malaysia disiasat “meminta rasuah ratusan juta” dari peniaga Melayu.
    Sejarah merekodkan Lim Guan Eng pemimpin garang yang aktif menyerang penerima rasuah Dan mengarahkan SPRM menangkap semasa dia memerintah Malaysia selama 22bulan dan kini rakyat Malaysia telah menjatuhkan pemerintahan kuasanya.
    Apa patut Kita doakan untuk Lim Guan Eng??

  2. kita patut doakan agar Lim Guan Eng agar mendapat hidayah dari Allah SWT semasa duduk di dalam Bamboo Inn State Prison University

  3. 3 YB jadi peguam LGE, kalau ada sidang parlimen macam mana? Adakah perbicaraan akan ditangguh kerana YB semua pergi parlimen?

Comments are closed.