Ibu Ezad Lazim meninggal dunia awal pagi tadi. Foto Facebook Ezad Lazim.

KUALA KUMPUR – Penyanyi, Ezad Lazim menerusi laman media sosial memaklumkan tentang berita pemergian ibu tersayang yang menghembus nafas terakhir pada awal pagi ini.

Allahyarham ibunya, Rosada Jahaya, 69, dilaporkan rebah dalam bilik air di kediamannya di Alor Setar, Kedah kira-kira pukul 6.30 pagi.

“Al-Fatihah. Ya Allah, Mak… Bangchik balik ni,” demikian status yang di muat naik Ezad di laman Facebooknya.

Difahamkan, arwah ibu mentua mempunyai penyakit darah tinggi.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Uda selepas Asar, hari ini.

Arwah meninggalkan empat cahaya mata dan 10 cucu.

Arwah kehilangan suami pada 6 Ogos 2019. – MalaysiaGazette