Gambar hiasan.

SERDANG – Rutin rondaan oleh anggota polis bantuan di sekitar tebing tasik The Mines, semalam menemukan satu mayat manusia yang terapung.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, bergegas ke tempat kejadian sekitar jam 12.32 tengah hari.

Apabila menghampiri mayat itu, poli mendapati ia adalah mayat seorang lelaki, katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, mayat tersebut telah dibawa naik dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan.

Siasatan di tempat kejadian mendapati ia adalah mayat lelaki  warga China, juga merupakan penuntut Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang.

Mangsa mengikuti kursus Ijazah Kejuruteraan Perisian di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat.

Berdasarkan kad akses yang ditemui dalam poket seluar, polis mendapati simati menetap di sebuah apartment yang terletak di Seri Kembangan.

Ismadi berkata, kawan serumah simati juga warga China memaklumkan kali terakhir bertemu mangsa pada malam hari Rabu, 5 Ogos lalu.

“Mayat simati telah dibawa ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast