Keadaan pesawat penumpang Air India yang terbelah dua selepas tergelincir dari landasan. foto Al Jazeera

KOZHIKODE, India – Sekurang-kurangnya 17 maut dan lebih dari 100 cedera apabila sebuah pesawat penumpang Air India Express yang menghantar pulang rakyat India yang terkandas akibat pandemik Covid-19 tergelincir dari landasan dalam hujan lebat berhampiran bandar selatan Kozhikode.

Penerbangan Boeing-737 dari Dubai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Calicut membawa 190 penumpang termasuk 10 orang bayi dan anak kapal, kata kementerian penerbangan awam dalam satu kenyataan.

Rakaman televisyen menunjukkan pekerja penyelamat bergerak di sekitar bangkai kapal dalam hujan lebat.

Pesawat itu terbelah dua, impak ketika jatuh ke lembah 35 kaki ke bawah, kata pihak berkuasa.

“Kerana keadaan cuaca, pesawat tidak dapat mendarat untuk pertama kalinya, jadi ia melakukan perubahan dan berusaha mendekatinya daripada arah yang berbeza,” kata Menteri Penerbangan Awam Hardeep Singh Puri, sambil menambahkan bahawa hanya siasatan yang akan mendedahkan punca nahas.

Puri berkata, pihak berkuasa berjaya menyelamatkan sebahagian besar penumpang kerana pesawat itu tidak terbakar ketika terhenti di cerun di hujung landasan.

Landasan seperti itu terletak pada aras ketinggian dan mempunyai penurunan curam di salah satu atau kedua-dua hujungnya.

“Berita baiknya adalah bahawa pesawat itu terbelah dan kami dapat mengakses penumpang,” kata Puri.

Operasi menyelamat itu telah selesai.

Pejabat Ketua Menteri Kerala, di mana lokasi lapangan terbang itu dan merupakan menjadi penempatan bagi sebilangan besar rakyat India yang bekerja di Timur Tengah, menyatakan, selain 17 orang yang mati, 173 yang lain telah dirawat di hospital.

Tragedi ini adalah kemalangan pesawat penumpang terburuk di India sejak 2010, ketika satu lagi penerbangan Air India Express dari Dubai juga tergelincir pada landasan paling atas di Mangalore, sebuah bandar di selatan dan menuruni bukit, mengorbankan 158 orang.

Laporan media menunjukkan pesawat itu tergelincir dari landasan Calicut dan terhempas ke tanah terlebih dahulu.

Boeing mengatakan pihaknya mengumpulkan lebih banyak maklumat mengenai kejadian itu, memantau situasi dengan teliti dan menawarkan bantuan kepada pelanggannya. – MalaysiaGazette