TERKINI : NGO Islam Tolak Cadangan Inkues Kedua Adib – Aminuddin Yahya

Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) tidak bersetuju cadangan kerajaan untuk mengadakan inkues semula bagi siasatan kes kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, apa yang harus dilakukan oleh kerajaan, iaitu Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi kes itu ialah membuat semakan kehakiman, bukan mengadakan inkues kali kedua.

“PPMM, bersetuju dengan keputusan NGO induk kami, Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (Pembela) untuk tidak menyokong cadangan KDN baru-baru ini untuk mengadakan inkues kali kedua, bagi mengheret pembunuh Allahyarham Muhammad Adib.