Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap pada Hari Solidariti Untuk Kashmir di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 08 OGOS 2020.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengkaji terlebih dahulu tawaran kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) jika parti baharunya mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) diluluskan.

Bekas Pengerusi PH itu berkata, beliau sebenarnya tidak tahu apa yang diperkatakan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tawaran tersebut.

“Saya tak tahu apa yang dia (Anwar) cakap, saya akan kaji dulu,” katanya ringkas kepada media di sini hari ini.

Bekas perdana menteri itu ditanya wartawan mengenai kenyataan Anwar semalam yang sedia mempertimbang kemasukan parti baharu yang akan ditubuhkan oleh Dr Mahathir dalam gabungan PH.

Dalam kenyataannya Anwar memberitahu, setakat ini tidak ada lagi sebarang permintaan daripada Dr Mahathir.

Terdahulu, Dr Mahathir menghadiri majlis Hari Solidariti untuk Kashmir yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.

Beliau ditemani isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. – MalaysiaGazette

Anwar sedia pertimbang parti baharu Tun M sertai PH