KUALA LUMPUR – Enginemailer (https://www.enginemailer.com), platform awan bersepadu yang be berasal dari Malaysia yang mampu untuk mengendali berjuta-juta e-mel sebulan telah bekerjasama dengan MDEC untuk membantu usaha digitalisasi perusahaan kecil & sederhana (PKS) tempatan melalui pemasaran e-mel.

Platform ini sedang menawarkan konsultasi percuma kepada PKS yang ingin memohon geran MDEC melalui perkhidmatan mereka yang merangkumi perancangan komunikasi, latihan staf dan sokongan berterusan selepas tempoh 12 bulan.

Syarikat yang mengunapakai perkhidmatan Enginemailer akan dilengkapi dengan perisian untuk menyampaikan pesanan mereka kepada pelanggan-pelanggan melalui kempen e-mel yang cekap.

Enginemailer berkata, walaupun kebanyakan syarikat telah beralih ke media sosial untuk tujuan pemasaran, e-mel tetap memainkan peranan penting bagi PKS yang ingin menjangkau pelanggan mereka secara efektif tanpa harus bersaing dengan syarikat yang mempunyai belanjawan besar.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat seperti Enginemailer memenuhi keperluan pesaing kecil yang ingin mendapatkan pulangan ke atas pelaburan (ROI) terbaik melalui pemasaran e-mel.

Jeffri Shahul Hamid, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Enginemailer berkata, syarikat itu dilantik sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi yang mengkhususkan diri dalam perkhidmatan pemasaran emel hujung ke hujung untuk PKS yang ingin menjangkau khalayak sasaran mereka dengan lebih
berkesan.

Menurutnya, kerajaan telah mengumumkan Geran Digitalisasi Perniagaan PKS semasa Belanjawan 2020 sebagai inisiatif yang membolehkan PKS memohon geran sebanyak 50% sepadan dengan keperluan mereka (dihadkan pada RM 5,000) untuk menerima pakai sebanyak tiga daripada lima Bidang Digitalisasi Utama yang disampaikan oleh Penyedia Penyelesaian Teknologi (TSP) yang diluluskan oleh kerajaan.

Dengan lebih daripada 3,000 pelanggan dari seluruh dunia, Enginemailer menawarkan pengurusan pangkalan data, pemasaran e-mel dan perkhidmatan e-mel transaksi.

Katanya, ciri-ciri gabungannya memberikan penglibatan pelanggan yang lebih baik di seluruh spektrum pemasaran dan automasi emel – dengan antara muka seret dan lepas yang mudah namun kuat, analisis data canggih dan set lengkap persepaduan API.

Pelan langganan fleksibel mereka adalah sesuai untuk individu, perniagaan kecil dan sederhana dan syarikat-syarikat yang ingin meningkatkan kualiti hubungan mereka dengan pelanggan. – MalaysiaGazette