full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Datuk Takiyuddin Hassan mendakwa ada salinan surat menunjukkan campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan dan Tan Sri Tommy Thomas untuk mengarahkan pembatalan pembekuan aset taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perkara itu didedahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) yang turut memberitahu, salinan surat itu telah dihantar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018 dan tahun lalu.

“Saya nak sebut satu kes, Tan Sri Lim Soon Peng, dia terbabit dalam penggubahan wang haram daripada 1MDB sebanyak RM4 juta tetapi apabila dia dihadapkan oleh SPRM, beliau meminta peguamnya membuat surat representasi kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 20 Oktober 2018 semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

“Apa yang berlaku, surat daripada peguam ini diminitkan oleh Perdana Menteri ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad) pada masa itu. Minit itu berbunyi, ‘saya berpendapat, penyelewengan oleh mantan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tidak boleh disalahkan (kepada) Tan Sri Lim (Soon Peng).

“Oleh itu pembekuan akuan peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan’. Ditandatangani, 5 Disember 2018, siap dengan cop perdana menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Takyuddin, surat berkenaan telah diminitkan sekali lagi oleh Guan Eng bertarikh 19 Februari 2019 yang meminta supaya SPRM segera menarik semula arahan pembekuan terbabit seperti yang diminta oleh perdana menteri.

Susulan daripada surat itu, kata beliau, Tommy membalas membalas surat berkenaan kepada Guan Eng bertarikh 31 Mei tahun lalu dengan memaklumkan mengenai status pembekuan akaun ahli perniagaan terbabit dan arahan beliau kepada SPRM.

“Tak pernah berlaku dalam sejarah malah, saya percaya surat representasi Yang Berhormat Sepang (Mohamed Hanipa Maidin) tidak pernah diminitkan sebegini,” ujarnya.

Pendedahan itu menyebabkan beberapa ahli parlimen pembangkang termasuk Ahli Parlimen (Sepang-Amanah) Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen (Batu Kawan-DAP), Kasthuriraani Patto mempertikaikan perkara itu.

“Yang Berhormat Menteri, janganlah cuba misleading (mengelirukan) dewan. Tolonglah, ini misleading …,” kata Mohamed Hanipa.

“Ini Yang Berhormat Menteri jawab soalan yang mana satu. Tidak ada pun soalan,” kata Kasthuriraani pula.

Terdahulu, Takiyuddin menjelaskan mengenai kes membabitkan anak tiri Najib, Riza Aziz yang dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen atas tuduhan pengubahan wang haram membabitkan AS$248 juta (RM1.25 bilion) berkaitan penyelewengan dana 1MDB.

Katanya, Tommy ada menulis nota mengenai surat representasi Riza Aziz berhubung kes pengubahan wang haramnya yang menunjukkan bahawa dia secara prinsip bersetuju dengan syarat-syarat penyelesaian.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai isu lompat parti, Takiyuddin mencabar kerajaan Pulau Pinang supaya mengosongkan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu yang melompat parti.

Katanya, empat kerusi DUN itu membabitkan Bertam (Khaliq Mehtab Mohd Ishaq), Teluk Bahang (Zolkifly Md Lazim), Seberang Jaya (Dr Afif Bahardin) and Sungai Acheh (Zulkifli Ibrahim), semua mereka bertindak keluar PH dan menyertai Perikatan Nasional (PN).

“Dalam semua 14 negeri di Malaysia, Pulau Pinang satu-satunya negeri yang meminda perlembagaan negeri yang menyatakan mana-mana wakil rakyat yang melompat parti, perlu mengosongkan kerusi mereka.

“Jika pembangkang mahukan akta anti lompat parti ini, saya cadang supaya kerajaan Pulau Pinang mengosong empat kerusi DUN terbabit,” ujarnya.

Katanya, tindakan itu akan membolehkan keputusan Mahkamah Agong pada 1992 dalam kes Nordin Salleh di Kelantan, membabitkan lompat parti yang tidak bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dalam kebebasan berpersatuan, dicabar.

“Jika kerajaan Pulau Pinang mengosongkan kerusi terbabit dan ADUN berkenaan membawa kes ke mahkamah, di situ kita akan lihat sama ada keputusan dalam kes Nordin Salleh dikekalkan atau sebaliknya.

“Jika (keputusan) berubah, barulah kita boleh bercakap mengenai akta anti lompat parti ini,” tegasnya. – MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Pembangkang bawalah usul akta anti lompat parti di parlimen untuk dibahaskan, janganlah bawa usul yang membazirkan masa seperti undi tidak percaya kepada PM.

  2. Nohaii.. org yg dok canang2 kerajaan dulu kacau kebebasan mahkamah last last diri sendiri bg arahan kat AG supaya jangan beku akaun.

  3. kalau penyokong-penyokong KERAjaan PeeH bangsa melayu masih tak faham… memang lah penyokong-penyokong KERAjaan PeeH bangsa melayu ni jenis bebal yg amat sangat

Comments are closed.