Marcos Rojo.

LONDON – Kelab Argentina, Estudiantes atau El Dia membuat kejutan apabila mengumumkan Marcos Rojo akan kembali ke Manchester Manchester.

Berita itu diumumkan di Instagram rasmi kelab itu.

Rojo, 30, hanya beraksi satu kali untuk Estudiantes musim ini selepas menyertai kelab itu secara pinjaman pada Januari lalu sebelum Liga Argentina dihentikan susulan wabak Covid-19.

Kontrak Rojo di United akan tamat pada Jun tahun depan.

April lalu, pemain pertahanan itu meminta United untuk membenarkannya melanjutkan tempoh pinjaman di kelab di kampung kelahirannya itu.

Januari lalu, United meminjamkan Rojo kepada Estudiantes dengan tempoh pinjaman enam bulan sehingga Jun lalu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast