Yahaya Sharif-Aminu,

ABUJA – Seorang penyanyi di negeri Kano, Nigeria dijatuhi hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah mencerca Nabi Muhammad.

Mahkamah Tinggi Syariah di Hausawa Filin Hocke yang menjatuhkan hukuman itu berkata, Yahaya Sharif-Aminu, 22, didapati bersalah kerana menghina Nabi Muhammad melalui lagu yang disebarkan melalui WhatsApp pada bulan Mac lalu.

Sharif tidak menafikan pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun, hakim Khadi Aliyu Muhammad Kani berkata, tertuduh boleh merayu hukuman yang telah dijatuhkan.

Kano mengamalkan dua sistem perundangan iaitu sekular dan Syariah, yang tidak terpakai kepada bukan Islam.

Hanya satu hukuman mati dilaksanakan di mahkamah Syariah sejak undang-undang itu dilaksanakan semula pada tahun 1999.

Sharif telah menyembunyikan diri selepas mengubah lagu berkenaan.

Dia kini ditahan.

Susulan penularan lagu tersebut, penunjuk perasaan telah membakar kediaman keluarganya dan berkumpul di luar ibu pejabat polis Islam yang dikenali sebagai Hisbah bagi menuntut tindakan ke atasnya.

Pengkritik mengatakan lagu itu bertujuan menghina kerana memuji seorang imam Muslim Tijaniya sehingga mengangkatnya melebihi Nabi Muhammad. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.