Majlis Bandaraya Shah Alam dan pelbagai agensi penguatkuasaan yang melakukan serbuan mengejut di Bandar Baru Sungai Buloh pagi ini, bukan sahaja menyita gerai-gerai haram di bahu-bahu jalan.

Sebaliknya gabungan agensi penguatkuasa itu turut membongkar kewujudan stor arak dan dua premis yang dipercayai menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Kedua-dua premis itu terletak bersebelahan.

Minuman keras yang disimpan di dalam sebuah stor turut disita dan dirampas, manakala empat orang pekerja warga asing tanpa izin ditahan.

1 Komen

Comments are closed.