Empat suspek yang ditangkap kerana memasang Jalur Gemilang dan bendera Johor secara terbalik.

JOHOR BAHRU – Empat suspek ditangkap dipercayai terlibat dalam memasang Jalur Gemilang serta bendera Johor secara terbalik di sebuah kilang di kawasan perindustrian Tebrau di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan itu dibuat hasil pemeriksaan sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Dato Onn di kilang tersebut yang mendapati bendera negeri Johor dan Jalur Gemilang telah dipasang secara terbalik.

Katanya, pihak polis kemudian menahan empat suspek iaitu masing-masing dua lelaki dan dua wanita. Salah seorang suspek lelaki merupakan warga Bangladesh.

“Hasil siasatan mendapati kilang ini telah menjalankan perusahaan perabot selama lapan tahun di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Ayob Khan, dalam pemeriksaan tersebut, polis juga telah merampas sehelai bendera Malaysia dan sehelai bendera negeri Johor.

Kesemua suspek akan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebih RM100.

“Polis Johor menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

“Tindakan tegas akan diambil mengikut undang-undang sedia ada jika masih terkesan perbuatan sebegini,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan Kontinjen Johor di talian 07-2254074. – MalaysiaGazette

14 Komen

  1. Denda tidak lebih rm100 ???. Aku rasa Suspek2 langsung tidak ada semangat kebangsaan. Sepatutnya kena ambil ti dakan yang lebih keras. Halau jer kluar negara( jika rakyat negara ini).

  2. Mereka x cinta negara.. Buang jer semua ke laut. Bagi jerung makan. Dah lah menumpang, buat perangai pulak!

  3. Biasanya yang buat kerja2 menterbalikkan bendera ni orang2 cina dengan niat menghina negara atau menghina sultan2 negeri. Jarang dengar orang India, Singh buat kerja2 ni!

    Apa yang mereka tak puas hati tak tahu lah?

  4. xmasuk akal dah hukuman yg dikenakan tu,
    kaji balik hukuman2 yg dah xrelevan,
    konsep menghukum adalah untuk mengajar dan membendung masalah tersebut,
    bendera Malaysia adalah satu IMEJ NEGARA yang perlu DIHORMATI terutamanya oleh RAKYAT MALAYSIA!!
    apa kejadahnya jika mengaku rakyat Malaysia tapi menghina lambang negara!!
    tolong HALAU penghina2 KESUCIAN NEGARA!!!
    #komunis

  5. Rakyat malaysia yg memutarkn sejarah ‘kemerdekaan ‘Negara jga patut ditangkap!..sejak bila ‘MALAYSIA MERDEKA 31 OGOS 1957?..itu adalh kemrdekaan Malaya bknnya malysia..

  6. Denda sepatutnya berkhidmat cuci tandas awam setiap hari selama sebulan. Tengok serik ke tak serik.

  7. Mungkin Bangladesh tu yg silap pasang, jika owner terlibat bila mohon maaf akan selesai masalah sebabnya rakyat seperti mereka TIDAK pernah diberi taklimat serta kursus mengenal bendera Malaysia. Maafkan mereka dan suruh perbetulkan sahaja. Ok Tak?

  8. Jangan suka main teka teki,dan jangan menyalahi orang lain tanpa usul periksa dahulu. Malaysia negara demokrasi berperlembagaan dgn.bangsa berbilang kaum dan budaya. Biar undang mahkamah menentukan siapa yang bersalah akan menerima hukuman. Berani buat berani tanggung.

  9. Mereka anti Malaysia dan Melayu (kerana nampaknya semuanya yg di tangkap bukan Melayu). Jangan terima lagi alasan tersilap pasang dan kemudiannya dilepaskan begitu saja, lepas tu buat . pada masa akan datang akan buat kesalahan yg sama lagi. Jemu sandiwara macam ini.

  10. Cilaka sungguh si mata sepek berkenaan. Hidup sejak lahir di sini, xkan tak tau bendera negara/negeri sendiri. Ini tak lebih dari “sengaja” dan mengundang kemarahan orang ramai. Hairan yer….jika hal yg berkaitan dgn pemasangan bendera terbalik…. mejoriti nya adalah dari kaum mata sepek. Macam satu trend jerrr…..

Comments are closed.