SKMM
SKMM gesa orang ramai manfaatkan Jendela Map bagi mengetahui status liputan rangkaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan tempat tinggal.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima sebanyak 11,235 aduan yang berkaitan dengan media baharu seperti penggodaman, perjudian dalam talian, promosi pelacuran, pelanggaran hak cipta, pemalsuan, pornografi, hasutan dan sebagainya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Daripada jumlah itu, MCMC telah berjaya mengendalikan 11,216 aduan atau 99.83%, termasuk sebanyak 80.56% aduan yang telah diberi nasihat, panduan dan pendidikan kepada masyarakat; 18% aduan yang telah dirujuk kepada pihak penyedia platform media sosial untuk tindakan lanjut berasaskan terma dan syarat; serta 1.27% (143 aduan) yang didapati melanggar peruntukan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Menurutnya, sebanyak tujuh kes didakwa ke mahkamah selepas proses siasatan rapi dijalankan.

Selebihnya dalam pelbagai peringkat siasatan seperti menunggu keputusan atau arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara.

Sementara itu, tambahnya, aduan-aduan yang berada di luar bidang kuasa MCMC adalah sebanyak 0.17% dan ia telah dirujuk kepada agensi-agensi berkenaan untuk tindakan lanjut.

”MCMC sentiasa tegas dalam menangani isu-isu penyalahgunaan media sosial dan usaha penguatkuasaan akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan ketenteraman awam terpelihara.

”Oleh itu, orang ramai diminta tampil membuat aduan sekiranya terdapat maklumat mengenai penyalahgunaan media sosial atau internet melalui portal https://aduan.skmm.gov.my atau e-mel kepada [email protected],” katanya di sini. – MalaysiaGazette