Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Acyrl Sani Abdullah Sani kini Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara berkuatkuasa hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Acryl Sani menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang akan bersara wajib pada Jumaat 14 Ogos 2020.

Acryl sebelum ini menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri da Ketenteraman Awam (JKDNKA).

Katanya, walaupun Acryl akan memegang tetap kedudukan kedua tertinggi PDRM itu berkuatkuasa serta merta, beliau dilantik sebagai pemangku terlebih dahulu sementara menunggu kelulusan dari Istana Negara.

“Sebenarnya ada sedikit isu teknikal..disebabkan istana belum melepaskan (memperkenan) pelantikannya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, jadi kita lantiknya (pemangku Timbalan KPN).

“So kita menunggu perkenan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan saya tidak boleh mendahului baginda,” katanya dalam sidang media Majlis Serah Terima Jawatan Timbalan Ketua Polis Negara di Maktab PDRM Cheras pagi ini.

Justeru katanya kerajaan membuat perakuan dan membawa nama Acryl Sani untuk perkenan Al-Sultan Abdullah.

“Lagipun perlu faham bahasa ada dua jawatan dalam PDRM memerlukan persetujuan istana iaitu jawatan Ketua Polis Negar dan Timbalan Ketua Polis Negara” tegas beliau.

Katanya, Acryl diyakini mampu menggalas dan melaksanakan tugas dengan cemerlang menggunakan pengalam luas dan kebijaksanaan yang dimiliki sepanjang perkhidmatan dalam PDRM selama ini.

“Acryl Sani tidak kurang hebat dari segi pengalamannya berkhidmat dan kejayaan dalam setiap tugasannya di setiap jabatan yang diterajuinya di peringkat negeri dan Bukit Aman khususnya di JKDNKA.

“Saya dah lihat banyak kejayaannya dalam soal penyeludupan dan sebagainya yang membantu kerajaan memdapat balik wang wang berbilion daripada mengalami kerugian” tegasnya.-MalaysiaGazette