Bekas Pengerusi Tetap Bahagian Puchong, Baharuddin Abdul Kudus (dua kanan) bersama ahli yang lain melaungkan 'Hidup Tun' pada sidang media pengumuman keluar dari Parti Bersatu Bahagian Puchong di Seri Kembangan, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 14 OGOS 2020.

PUCHONG – Pengerusi Tetap Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Puchong, Baharuddin Abdul Kudus antara 29 daripada jumlah 39 ahli jawatankuasa parti berkenaan mengisytiharkan keluar parti berkuatkuasa serta merta.

Turut mengumumkan perletakan jawatan dan keluar parti itu adalah Ketua Armada Bahagian Puchong, Mohd Danial Mohd Don Alfian dan Naib Ketua Srikandi Bahagian Mazurah Khairuddin.

Bercakap dalam sidang media, Baharuddin berkata, seramai 13 orang AJK telah berkeputusan melepaskan segala jawatan yang disandang dan keluar parti serta merta kecuali Ketua Bahagian, Mohd Shukor Mustaffa dan Naib Ketua Bahagiannya, Shaik Mohd Shaszari Shaik Sulaiman.

Begitu juga dengan Sayap Srikandi Bahagian apabila daripada jumlah 12 pemimpin dan AJK, sembilan daripadanya termasuk Mazurah dan Pengerusi Tetap Srikandi Bahagian, Noraini Abu bersama tujuh ahli jawatankuasanya yang juga melakukan perkara yang sama.

Turut mengikuti jejak langkah sama, Armada Bahagian terdiri daripada tujuh ahli jawatankuasa termasuk ketuanya, Mohd Danial mengumumkan melepaskan segala jawatannya peringkat.

Baharuddin berkata, peletakan jawatan mereka dibuat secara sukarela tanpa sebarang paksaan, ugutan atau desakan dari mana-mana pihak.

“Kami bersama kami seramai 350 hingga 400 orang ahli akar umbi PPBM Bahagian Puchong daripada jumlah seramai 2,300 orang ahli dijangka akan meninggalkan parti dan ia sedang dalam proses ketika ini.

“Kami secara sukarela membuat keputusan itu selepas berbincang secara mendalam kerana sudah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap pimpinan tertinggi parti yang mutakhirnya perjuangannya jaub tersasar dan tidak berpaksikan kepada matlamat asal penubuhan parti mengikut perlembagaan yang ditetapkan iaitu melawan kleptokrasi, gejala rasuah dan salah guna kuasa.

“Kami membuat keputusan ini berdasarkan fasa 10.2.2 perlembagaan PPBM dan surat perletakan jawatan kami ini akan dihantar kepada Kepimpinan Pusat parti, Pengerusi PPBM Selangor, Setiausaha Agung Parti, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan juga Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

“Kami juga memutuskan untuk terus kekal di dalam wadah perjuangan yang telah dibentuk Tun Dr, Mahathir Mohamad menerusi parti baharunya Pejuang,” katanya dalam sidang media khas itu di Taman Lestari Perdana malam ini.

Justeru, ditanya nasib 2,300 ahli bahagian itu, pihaknya menjangka kebanyakan mereka tidak hadir pada persidangan Bersatu Bahagian yang telah diadakan selain kecewa dengan perkembangan semasa parti termasuk kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Justeru Samad Kassim pula menjelaskan, pihaknya kini mahu bersama perjuangan Mahathir dan akan membawa ahli-ahlinya untuk turun berkempen bagi calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil Slim.

Mohd Daniel pula menjelaskan, pihaknya akan terus bersama Tun dalam PRK DUN Slim untuk menjamin kemenangan calon bebas yang diletakkan menentang calon UMNO.

“Kemudian kita akan membincangkan aspirasi perjuangan kami termasuk proses menyertai Pejuang Tun M. Kami sebahagian besar walaupun menang pemilihan Bahagian, berkeputusan tinggalkan parti ini bukan disebabkan tiada jawatan atau projek ataupun pelantikan Dalam Kerajaan (GLC), sebaliknya utuh dengan asas perjuangan melawan kleptokrasi, dan rasuah yangt ditanam oleh Tun M.

“Kami akan meneruskan wadah perjuangan itu semula bersama Tun Mahathir yang kini mengumumkan parti baharu bernama Pejuang,” tegasnya.- MalaysiaGazette

 

2 Komen

  1. Eloklah mereka keluar. Mereks sebenarnya tidsk berwibawa langsung dan tidak ada aspirasi. Yang tinggal th berpeluanglah untuk mempamerkan kebolehan memimpin. BERSATU semakin kukuh dan mantap. Jangan jadi macam orang dungu menyokong si tua kutuk yang yang boleh hidup seribu tahun lagi.

  2. Parti baru Madey kutty tu akan hidup sementara Madey masih hidup ni ja.. Parti bela kroni dan anak².
    Kononnya nk lawan rasuah, tapi dia sendiri pun tak betul. Yg terbaru pendedahan yg mengatakan dia salah guna kuasa melepaskan taikun yg ada hubungkait dgn penyelewengan 1MDB.
    Itu ketika jadi PM ke7 22 bulan. Masa jadi PM ke4 yg berkuasa 22 thn entah berapa byk dia salah guna kuasa. Itu sgt jelas Madey kutty mmg tk boleh dipercayai.

Comments are closed.